the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam gagalkan cubaan edar 3.98 juta batang rokok seludup

KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan cubaan mengedar 3.98 juta batang rokok disyaki seludup dengan cukai dianggar bernilai lebih RM2.65 juta selepas menahan sebuah lori di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Batu Caves, Selangor, 15 Jan lepas.

Pengarahnya Mohd Asri Seman berkata lori itu ditahan pada 2 petang ketika dipercayai dalam perjalanan dari Pantai Timur menggunakan laluan Persekutuan Kuala Lumpur-Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur.

“Pemandu lori itu yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata keseluruhan rampasan termasuk lori dianggar bernilai lebih RM3.067 juta.

Rokok itu, katanya dipercayai untuk diedar di kawasan Lembah Klang atau selatan tanah air.

Menurut Mohd Asri pihaknya tidak menolak kemungkinan kegiatan itu melibatkan sindiket pengedaran rokok seludup yang bergerak pada waktu puncak dan menggunakan lori bonded untuk mengaburi pihak berkuasa. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings