the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua Polis Daerah Rembau Hazri Mohamad meninggal dunia akibat kanser

SEREMBAN: Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad meninggal dunia akibat kanser pankreas di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pemergian Allahyarham Hazri, 59, pada pukul 2 petang tadi disifatkan satu kehilangan besar buat seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri ini.

Beliau berkata Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM merupakan pegawai yang berpengalaman yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam tugasannya dan seorang yang berpendirian tegas serta amanah.

“Allahyarham juga seorang pegawai disegani dan mesra dengan semua pegawai serta anggota. Banyak jasa dan pengorbanannya dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Saya berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi situasi sedih dan pilu ini, saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jelatang, Alor Gajah, Melaka. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings