the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Konflik di Laut Merah dijangka tidak jejaskan import sektor pertanian, makanan negara

PUTRAJAYA: Konflik di laluan Laut Merah ketika ini dijangka tidak memberi kesan kepada import sektor pertanian dan makanan negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar).

Beliau berkata ini kerana laluan di Laut Merah itu kebiasaannya digunakan untuk perdagangan minyak.

“… kawasan itu (Laut Merah) kita tak banyak import produk pertanian, lain kalau (konflik) di Ukraine atau Russia dulu ia seperti bijirin atau jagung,“ katanya ketika ditanya adakah import sektor pertanian negara akan terjejas susulan konflik yang berlaku di laluan Laut Merah.

Ditemui kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2024 kepada warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, Mohamad berkata KPKM bagaimanapun akan tetap memantau kesan daripada konflik itu yang dijangka dapat dilihat dalam beberapa minggu lagi.

Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya mematahkan serangan puluhan dron dan bedilan peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Houthi di Yaman, ke arah kapal di Laut Merah.

Menurut kenyataan Pusat Perintah Pentagon di media sosial, tiada kerosakan kapal atau kecederaan direkodkan berikutan serangan ke atas kapal dagang yang melalui perairan berkenaan.

Kumpulan Houthi dilaporkan mengaku bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu ke arah sebuah kapal di Laut Merah termasuk melakukan serangan dron ke arah Israel sebagai tanda solidariti dengan Gaza. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings