the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Langkah Dubai: Polis akan panggil Papagomo, Che’ Bard dan Salim Iskandar – Razarudin

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) berkata tiga individu berkenaan adalah Badrul Hisham Shaharin atai dikenali di media sosial sebagai Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar.

Bercakap dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini, beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya mereka didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

“Selain mereka, beberapa pemimpin parti politik juga akan dipanggil untuk beri keterangan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings