the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan seorang pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung sekatan talian telefon mudah alih miliknya.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan Mohamad Salim Iskandar, 51, pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

Mahkamah memerintahkan Mohamad Salim membayar kos RM1,000 masing-masing kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan MCMC.

Peguam Persekutuan Muhammad Hairuliqram Hairuddin yang mewakili AGC dan peguam A.Ruebankumar yang mewakili MCMC ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Nurmustamir Md Nor yang mewakili Mohamad Salim.

Mohamad Salim selaku pemohon yang memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 5 Okt lepas, memohon satu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan atau tindakan responden (MCMC) yang memberi arahan kepada pemberi khidmat talian telefon iaitu Maxis Communication Berhad dan Celcom Berhad untuk membatalkan atau memotong atau menyekat talian-talian telefon mudah alih pemohon.

Beliau juga memohon satu perintah mandamus terhadap MCMC untuk serta merta mengarahkan dua syarikat berkenaan (Maxis dan Celcom) mengaktifkan semula talian-talian telefon mudah alih milik pemohon.

Selain itu Mohamad Salim memohon deklarasi bahawa keputusan responden secara sebelah pihak menyekat atau mengarahkan pemotongan talian-talian telefon mudah alih pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang dan tindakan itu telah melanggar hak asasi pemohon yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

MCMC membantah permohonan itu atas alasan pemohon gagal melaksanakan remedi-remedi lain yang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebelum memfailkan permohonan semakan kehakiman, selain permohonan itu pramatang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings