the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC ingatkan orang ramai tidak sebar gambar, kandungan pelajar maut dilanggar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengingatkan orang ramai bahawa sebarang perkongsian gambar atau kandungan yang berkaitan kes kemalangan membabitkan seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah di Meru, Ipoh Jumaat lepas, boleh dikenakan tindakan.

MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan menekankan tentang kepentingan untuk menghormati mangsa dan keluarga, serta pada masa sama menunjukkan empati yang tinggi.

“Jika telah memuat naik atau berkongsi gambar atau video daripada kejadiaan berkenaan, orang ramai dinasihatkan untuk menurunkan hantaran atau memadam kandungan berkenaan. Selain itu, semua pihak turut dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa,” menurut MCMC dalam kenyataan itu.

Menurut MCMC perkongsian gambar atau rakaman video mangsa tidak hanya akan melukakan perasaan keluarga mangsa, tetapi juga melanggar prinsip dan etika asas dan setiap individu harus membuat pertimbangan sewajarnya untuk tidak menyebarkan gambar atau kandungan berkaitan tragedi berkenaan.

“MCMC menghulurkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi yang membabitkan seorang pelajar sekolah di Meru, Ipoh.” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian pada 15 Dis lepas, seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh dipercayai dipandu seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Pegawai tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret di Ipoh atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TrueHealth Medical lands on HKEX as the first Hong Kong-listed percutaneous surgical robotics player,...

TrueHealth Medical debuted on the Hong Kong Stock Exchange as the first listed specialist in percutaneous surgical robotics, with shares surging 216.96% on the first trading day. The company plans to accelerate commercialization, R&D and expansion of its minimally invasive oncology robotics portfolio.

JustCo app enables on-demand booking of workspace- No monthly membership required

JustCo Holdings Limited ("JustCo"), a Singapore-grown flexible workspace operator with an extensive Asia Pacific network, announced pay-per-use access via the JustCo App, allowing professionals to find, book, and access hot desks and meeting rooms on demand across its network, without membership or upfront commitment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings