the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas helikopter TLDM: Tiga wanita, dua pegawai memerintah antara 10 terkorban

KUALA LUMPUR: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga wanita terbabit adalah kru daripada Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) iaitu Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna yang ketiga-tiganya merupakan penumpang di dalam helikopter malang tersebut.

Sementara dua Pegawai Memerintah itu masing-masing adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Pegawai Memerintah Skuadron 502 Komander Muhamad Amir Mohamad.

Lima lagi identiti mangsa yang terkorban seperti berikut:

Pesawat HOM-AW139

Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun

Pesawat Fennec (M502-6)

Leftenan Sivasutan Thanjappan

Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

“TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings