the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk: Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau

GUA MUSANG: Pekerja ladang warga Indonesia yang ditemukan maut dipercayai dibaham harimau belang di ladang getah Kampung Kuala Tol, di sini semalam, dikatakan pernah terjumpa tapak kaki binatang buas itu di kawasan ladang berkenaan minggu lepas.

Seorang penduduk kampung itu, Sabariah Awang, 63, berkata mangsa yang dikenali sebagai Shabaini mendakwa menemukan jejak itu di belakang batu besar yang terdapat di ladang berkenaan.

Menurut Sabariah, lelaki berusia 36 tahun itu juga sempat singgah di kedai runcitnya sebelum ke ladang semalam.

“Minggu lepas arwah Shabaini tunjukkan gambar kesan tapak kaki harimau di kawasan dia menoreh kepada saya. Saya nasihatkan dia supaya berhati-hati dan menjaga diri ketika keluar bekerja.

“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku terhadap arwah. Dia pernah memaklumkan sedang mengumpul duit untuk pulang ke kampungnya di Aceh, Indonesia,“ katanya kepada pemberita di Kampung Kuala Tol di sini hari ini.

Sementara itu, Che Sulaiman Che Kob, 65, yang melaporkan kehilangan Shabaini kepada polis berkata dia antara kumpulan penduduk yang menggerakkan pencarian selepas mendapat tahu mangsa tidak pulang ke rumah sejak dua hari lepas.

“Lokasi kejadian di ladang getah itu hanya kira-kira 400 meter dari jalan utama. Pada awalnya kami menemukan motosikal mangsa sebelum mendapati ada kesan darah di kawasan sama dan kemudia menjumpai seluar mangsa tidak jauh dari situ.

“Kami tidak berani masuk lebih jauh ke dalam kawasan ladang getah, jadi hanya menunggu ketibaan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan polis melakukan pencarian,” katanya.

Che Sulaiman berharap Perhilitan dapat mengambil tindakan segera menangkap harimau terbabit memandangkan penduduk kini ketakutan untuk keluar menoreh.

Semalam Shabaini ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dengan kesan kecederaan di bahagian leher serta hilang tangan kanan, kedua ibu jari kaki serta sebahagian bawah badan.

Kejadian merupakan serangan yang ketiga dalam bulan ini apabila 12 Nov lepas, seorang lelaki warga Myanmar Ahka Soe Ya, 22, ditemukan maut pada 1.30 tengah hari dipercayai diserang harimau di sebuah ladang getah di Kampung Meranto, di sini.

Kurang 48 jam sebelum itu, mayat seorang lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di sebuah ladang di Hutan Simpan, Kampung Meranto, juga dipercayai angkara harimau. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings