the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penghantaran kedua bantuan kemanusiaan untuk Palestin berlepas hari ini

PUTRAJAYA: Penghantaran kedua barangan keperluan utama bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza dijadual berlepas hari ini (Jumaat) melalui penerbangan kargo sewaan khas.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan penghantaran itu melibatkan muatan sebanyak 16 tan barangan keperluan perubatan dan barangan bayi serta makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan.

Ops Ihsan merupakan kolaborasi unik merentasi agensi Kerajaan bersama lebih daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan bertujuan memastikan gerak atur proses bantuan lebih tersusun dan efektif di bawah seliaan kementerian.

“Kementerian ingin menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyalurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin melalui Akaun Amanah Kebajikan Rakyat Palestin (AAKRP),” menurut kenyataan itu.

Sumbangan tunai boleh terus disalurkan dengan mengimbas Kod QR akaun AAKRP.

Untuk urusan pengeluaran resit, butiran penyumbang boleh diisi melalui pautan https://shorturl.at/begq8. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings