the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penipuan pelaburan: Polis sahkan terima laporan

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan berkaitan penipuan pelaburan membabitkan 26 mangsa kerugian RM550,000 selepas melabur dalam sebuah syarikat kitar semula di Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (gambar) ketika dihubungi Bernama berkata kes disiasat mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, iaitu satu bidang kuasa di bawah pihak Suruhanjaya Sekuriti.

Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan pelaburan yang meragukan dan menyemak segala urusan pelaburan terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Sekuriti serta tidak menyertainya sewenang-wenangnya.

Seorang daripada mangsa Pang Kong Fen, 49, mendakwa dia dan beberapa rakan telah melabur dalam sebuah syarikat kitar semula yang menawarkan pulangan dividen yang lumayan serta dijanjikan saham berkenaan disenarai di sebuah pasaran saham terkemuka.

”Kami tertarik dengan syarikat kitar semula ini kerana selain dijanjikan mendapat pulangan lumayan, ia juga boleh membantu menjaga alam sekitar. Selain itu, syarikat ini juga mengemukakan syarat yang istimewa iaitu saham itu akan disenarai di Nasdaq,” katanya kepada Bernama.

Pang yang merupakan ejen pengurusan insurans berkata mereka mula berasa curiga dan telah cuba menyemak saham berkenaan pada Oktober hingga Disember tahun lepas, namun saham itu didapati tidak wujud.

“Kami telah meminta pihak berkenaan untuk memberikan bukti tetapi sehingga kini (setahun) tiada sebarang sijil saham diterima,” katanya menambah mula membuat pelaburan pada awal 2022 dan kerugian kira-kira RM100,000.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim berkata setakat ini 26 individu yang menjadi mangsa penipuan pelaburan saham berkenaan dengan mendakwa kerugian RM550,000, tampil membuat beberapa laporan polis.

“Syarikat itu bertindak sebagai pengurus proses urusan pelaburan dan mereka menggunakan wang pelaburan yang dilabur oleh mangsa di dalam sebuah syarikat yang beroperasi melakukan kerja-kerja kitar semula,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings