the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PKS digalak bekerjasama dengan Mimos guna teknologi terkini

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digalakkan untuk bekerjasama rapat dengan institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) menggunakan kepakaran mereka dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memanfaatkan teknologi terkini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (gambar).

Beliau berkata kerjasama itu bukan sahaja membolehkan PKS meningkatkan keupayaan mereka, malah dapat mempercepatkan sasaran Malaysia menjadi negara berteknologi tinggi.

“Melalui penggunaan kemajuan teknologi, PKS boleh meningkatkan kedudukan mereka dalam rantaian ekonomi, sekali gus menyumbang lebih ketara kepada kemakmuran negara kita,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan PKS Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) 2024 di sini hari ini.

Chang berkata banyak syarikat multinasional dalam operasi semikonduktor sedang beralih ke pusat pembuatan bersepadu, menggabungkan pembuatan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk produk, pemasaran dan pengedaran.

Bagaimanapun, beliau berkata perusahaan tempatan, khususnya PKS, ketinggalan berbanding syarikat besar dalam kemajuan teknologi maka usaha daripada pelbagai pihak amat penting untuk memodenkan PKS, merapatkan jurang dengan entiti yang lebih besar untuk memacu industri itu ke hadapan.

“PKS membentuk tulang belakang ekonomi kita, terdiri daripada sebahagian besar perniagaan merentasi pelbagai sektor.

“Mereka tangkas, boleh menyesuaikan diri dan berpotensi untuk berinovasi dan mengganggu industri. PKS Elektrik dan Elektronik (E&E) mempunyai potensi kukuh untuk menyumbang dengan ketara kepada eksport dan guna tenaga negara dalam sektor pembuatan,” katanya.

Justeru, Chang berkata MIMOS memainkan peranan sebagai pusat R&D untuk memacu keupayaan baharu dalam sektor huluan industri semikonduktor negara sambil terus memajukan keupayaan dalam sektor hiliran, selaras dengan Pelan Hala Tuju E&E, Pembangunan Teknologi 2021-2030.

Syarikat yang berminat untuk meneroka peluang penyelidikan gunaan bagi meningkatkan produktiviti korporat boleh bekerjasama dengan MIMOS dalam beberapa bidang utama seperti keselamatan maklumat, kecerdasan buatan, pengkomputeran lanjutan dan fotonik, katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings