the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari wanita bantu siasatan kes tipu katering perkahwinan

SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang wanita warga tempatan bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering untuk majlis perkahwinan di Jempol dekat sini pada Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata wanita berkenaan dikenali Fauziah Abdul Hamid, 40, dan beralamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Jempol Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-458222 (102),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin sehingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan yang berlangsung pada 24 Dis lepas.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings