the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Salah guna harta syarikat, bekas pengarah dihadapkan ke mahkamah

BUKIT MERTAJAM: Seorang bekas pengarah syarikat pengimport bahan mentah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat pada Oktober 2022.

Tertuduh, Ng Chiang Chong (gambar), 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu sebuah kereta jenis Mercedes Benz GLC 300 Coupe bernombor pendaftaran PPK 378 milik Syarikat Heap Lee Chan Trading Sdn Bhd.

Bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Seberang Jaya dalam Daerah Seberang Perai Tengah pada 3 Okt 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Aini Yahya menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh manakala peguam tertuduh, Martin Khoo memohon agar jaminan minimum diberikan atas alasan anak guamnya menghidap sakit jantung di samping perlu menjaga isterinya yang sedang menjalani kemoterapi akibat penyakit kanser.

“Untuk maklumat yang Arif, pengadu dalam kes ini merupakan adik kepada tertuduh iaitu kes menuntut harta pusaka milik mendiang bapa mereka kini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

“Jadi tiada alasan untuk anak guam saya melarikan diri dalam kes ini selain dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,“ kata Khoo.

Majistret kemudian menetapkan 2 April depan untuk tarikh serahan dokumen dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Asia Pacific logistics markets diverge despite 47% tenant-favourable conditions as supply constraints begin to...

Asia Pacific logistics markets are showing increasingly mixed conditions, with supply constraints tightening some markets while abundant new supply continues to favour tenants in others, according to Cushman & Wakefield's Waypoint 2026 report.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings