the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selamatkan Harimau Malaya: FAM sumbang hampir RM100,000 kepada Perhilitan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menyalurkan sumbangan berjumlah RM99,845 kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan itu hasil jualan tiket daripada tiga perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang berlangsung pada Oktober dan November tahun lepas, dengan RM1 setiap tiket disumbangkan kepada tabung itu.

“Jumlah keseluruhan sumbangan kepada tabung ini setelah dilancarkan pada Mac 2023 ialah RM131,408 daripada enam perlawanan antarabangsa Harimau Malaya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kerjasama antara KBS dan FAM itu juga menjadi saksi kepada satu bukti konklusif dengan kedua-dua organisasi turut menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini kian terancam.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyaksikan penyerahan replika cek daripada FAM kepada Perhilitan untuk tabung berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Perhilitan Datuk Hasnan Yusop. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings