the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sembilan wanita dicekup terlibat dalam aktiviti persundalan di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan sembilan wanita melibatkan dua warga tempatan dan tujuh warga asing dalam aktiviti persundalan pada tahun lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan (gambar) berkata tangkapan itu dilakukan menerusi tiga operasi yang dijalankan.

“Pada bulan Mei 2023, polis telah merekodkan dua kes yang membabitkan dua wanita tempatan yang masing-masing melakukan kegiatan itu secara persendirian atau freelance di Kuala Terengganu.

“Tujuh lagi yang ditahan melibatkan sindiket warga asing membabitkan dua warga Indonesia, seorang warga Laos dan empat warga Thailand di tiga hotel bajet di sini pada 28 Dis lepas,“ katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan mempunyai permit perjalanan yang sah bagaimanapun, tiga daripada mereka didapati tinggal lebih masa daripada had yang dibenarkan.

Mazli berkata hasil risikan pihaknya juga mendapati kegiatan tidak bermoral itu turut dikesan di daerah Kemaman dan Dungun selain dipercayai mula memasuki kawasan peranginan di Terengganu.

Oleh itu, beliau berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bertujuan mengekang kegiatan tersebut daripada menular di negeri ini yang terkenal dengan sektor pelancongannya.

Dalam perkembangan berasingan, Mazli berkata pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat terhadap mayat yang ditemukan di pantai Rantau Abang, Dungun, semalam.

Terdahulu, media melaporkan penemuan mayat reput tanpa kepala oleh orang ramai di tepi pantai berkenaan pada 5.15 petang.

Mayat yang identitinya masih belum dikenal pasti itu dipercayai lelaki dan telah dihanyutkan arus sebelum dipukul ombak sehingga naik ke daratan.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir dilaporkan berkata pihaknya percaya mayat berkenaan telah meninggal dunia kira-kira dua minggu berdasarkan keadaannya yang reput dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Maizura yang mengesahkan penemuan mayat berkenaan meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil menghubungi pihak polis. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings