the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Simpan hidupan liar tanpa lesen, pemilik kedai haiwan peliharaan didenda RM40,000

SEREMBAN: Seorang pemilik kedai haiwan peliharaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen, lapan tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Tan Chee Kong, 38, didenda RM10,000 atau penjara empat bulan manakala bagi pertuduhan kedua dia didenda RM30,000 atau enam bulan penjara.

Mengikut pertuduhan pertama, peniaga itu didakwa menyimpan sebelas ekor burung Kelicap Kunyit (Zosterops palpebrosus) iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa lesen, di sebuah premis perniagaan di Jalan Kapitan Tam Yeong di sini, kira-kira 12 tengah hari, 3 Nov 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta 716 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Tan didakwa menyimpan dua ekor burung Bayan Serindit (Loriculus galgulus) betina iaitu hidupan dilindungi di bawah akta sama tanpa lesen, pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 62 Akta 716 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gilmoore Bolongan di hadapan Hakim Mazni Nawi manakala Tan tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Gilmoore memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap Tan sebagai pengajaran dan amaran kepada semua pihak bahawa jenayah melibatkan hidupan liar adalah satu perkara yang serius.

“Aktiviti pengambilan hidupan liar di habitat asalnya semakin tidak terkawal menyebabkan banyak impak negatif yang berlaku.

“Sekiranya aktiviti ini tidak dibendung segera, maka burung kelicap kunyit dan bayan serindit ini akan pupus dan ekosistem habitat semula jadi terjejas,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings