the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sivakumar: Beku kuota pekerja asing masih kekal

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar (gambar).

Katanya berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12, jumlah pekerja asing sepatutnya tidak boleh melebihi unjuran 2.4 juta individu sehingga tempoh 2025, namun jumlah terkini sudah menjangkau unjuran itu.

Beliau berkata lambakan pekerja asing itu meliputi jumlah golongan yang sedia ada, pertambahan daripada program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) serta Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

“Sehingga mesyuarat Kabinet yang lepas, memang kita tidak akan buka pemberian kuota baharu untuk sementara waktu…namun bergantung kepada keputusan terbaharu, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program HR Leaders Networking Luncheon di sini hari ini.

“Bagi tahun hadapan kita tidak tahu lagi (kuota pengambilan pekerja asing) kita kena lihat dalam pelbagai konteks…kita hentikan pengambilan (pekerja asing) dan kita akan lihat balik keperluan ambil warga asing pada masa hadapan,” tambahnya.

Sebelum ini, media melaporkan jumlah pekerja asing di negara ini seramai 2.7 juta sudah melebihi penduduk Malaysia berketurunan India yang berjumlah dua juta orang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings