the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tourism Johor: Kebanjiran pelancong Singapura beri impak positif

ISKANDAR PUTERI: Kebanjiran pelancong warga Singapura berbelanja dan membeli kelengkapan sempena sambutan Aidilfitri di Johor, terutama di bandar raya Johor Bahru pada bulan Ramadan ini, memberikan impak yang positif kepada sektor pelancongan dan menjana limpahan ekonomi.

Pengarah Tourism Johor Sharil Nizam Abdul Rahim berkata antara kawasan menjadi tumpuan pelancong dari republik itu ialah bazar Ramadan, Pasar Borong Pandan, Bandar Baru Uda serta pusat beli belah di sekitar bandar raya itu.

“Kebanjiran pelancong dari Singapura pada tahun ini berbeza berbanding tahun sebelum ini, bazar Ramadan juga tidak kira di mana lokasi, memang ramai sangat orang.

“Apabila ada orang berbelanja di negara kita ia suatu perkara yang bagus dari sudut ekonomi, sebab selepas pandemik COVID-19 melanda peniaga perlu menjana pendapatan, ini juga masa untuk kita bekerja lebih keras tarik mereka melawat tempat menarik dan berbelanja di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas melawat produk pelancongan di UMCity Medini Lakeside di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebanjiran warga Singapura berbelanja di negeri itu pada bulan Ramadan.

Sharil Nizam dalam pada itu berkata orang ramai perlu merancang perjalanan untuk berbelanja bagi mengelakkan kesesakan jalan raya, terutama di sekitar bandar raya Johor Bahru.

“Kesesakan jalan raya ini, di mana-mana pun sesak seperti di Kuala Lumpur atau negeri lain. Jadi, pada saya, aturkan perjalanan terlebih dahulu.

“Bagi warga Singapura, kita faham mereka masuk ke Johor kebiasaannya pada hujung minggu, jadi kita cari waktu lain untuk berbelanja,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH candidate undaunted by Machap challenge against Johor MB

Nur Hafiz Roslan, the Pakatan Harapan candidate for Machap, remains unfazed by facing Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, citing political history as proof no seat is unbeatable.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings