the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tragedi helikopter bertembung: Zahid ucap takziah buat keluarga mangsa

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter bertembung di Lumut, Perak pagi tadi.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga berharap mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kejadian tersebut.

“Saya ingin menzahirkan perasaan dukacita atas insiden yang berlaku, pastinya peristiwa ini bukan sahaja memberi kesan mendalam terhadap ahli keluarga mangsa tetapi juga menyentuh hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid turut berharap orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga selain boleh mengganggu proses penyiasatan.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi itu yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.

Difahamkan nahas itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings