the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UKAS cadang anjur pertemuan Wan Junaidi dengan media

KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bercadang menganjurkan pertemuan antara Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) dan pengamal media negeri tidak lama lagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Koporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata pertemuan itu akan memberi peluang buat pengamal media mengenali Wan Junaidi secara lebih dekat.

“Semalam saya sempat berjumpa dengan Tuan Yang Dipertua Negeri (Wan Junaidi) secara peribadi dan memaklumkan bahawa kita (pengamal media) akan sentiasa beri kerjasama yang terbaik.

“Insya-Allah dalam masa terdekat Tun akan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan semua pengamal media secara santai selain mewawancara beliau, UKAS akan mengatur pertemuan itu,“ katanya selepas menghadiri kempen derma darah anjuran UKAS dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak Dr Lu Siew Ling yang ditemui semasa menghadiri kempen berkata bekalan darah di hospital Sarawak kini berada pada tahap selamat, namun pihaknya masih memerlukan kerjasama orang ramai untuk terus tampil menderma darah dari semasa ke semasa.

Beliau berkata ini kerana pihak hospital memerlukan bekalan sekurang-kurangnya 70 hingga 75 beg darah setiap hari dengan setiap beg-beg darah berkenaan mempunyai tarikh luput sendiri, dan Bank Darah di Hospital Umum Sarawak amat mengalu-alukan kehadiran penderma secara Walk-In dari Isnin hingga Jumaat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings