the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas kerugian RM212,951.20 akibat terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaan kad kredit.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pada 4 Dis lepas, wanita berusia awal 60-an itu mendakwa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali menyatakan terdapat penggunaan kad kredit miliknya di aplikasi beli-belah dalam talian.

“Mangsa kemudian diarahkan menghubungi talian yang diberikan kononnya untuk melaporkan perkara tersebut kepada BNM.

“Menerusi perbualan dengan individu menyamar pegawai BNM itu, dia diminta menyerahkan semua maklumat perbankan termasuk nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) dan nilai pengesahan kad (CVV) miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa juga diarahkan untuk memberikan nombor pas pengesahan transaksi (OTP) yang diterima dengan alasan untuk menyekat akaun daripada disalahgunakan menyebabkan wanita itu mengalami pengurangan wang dalam beberapa akaun banknya pada hari sama.

Abdul Malik berkata mangsa kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings