the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yusri Che Lah: Anak buah hilang keyakinan punca Perak tewas kepada Terengganu

IPOH: Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che Lah mengakui pasukannya kehilangan keyakinan dan rentak sehingga menyebabkan mereka tumbang 0-3 kepada Terengganu FC pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, petang tadi.

“Pemain saya sebenarnya telah memberikan yang terbaik dan semampu mereka dan saya faham mereka masih dihantui dengan isu keyakinan yang perlu kita tangani segera.

“Kami barisan kejurulatihan dan pemain senior sentiasa memberikan kata-kata positif kepada pemain dan ini satu kerja yang cukup besar untuk saya tangani, dalam tempoh tiga hari sebelum bertemu Kedah FC,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Perak hari semalam.

Yusri berkata beliau akan meningkatkan usaha untuk mengembalikan keyakinan para pemainnya, bagi mengharungi baki perlawanan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam liga.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Terengganu FC Tomislav Steinbruckner nyata gembira dengan kemenangan mengumpul tiga mata di Ipoh.

“Kami bermain dengan baik dan mempunyai banyak peluang. Ada perlawanan kita tidak sepatutnya kalah tetapi inilah bola sepak dan kini kami gembira kerana selepas dapat tiga mata ketika bertemu Penang FC, dan sebelum itu satu mata ketika bertemu Sabah Fc.

“Setiap perlawanan baharu satu cabaran baharu dan saya bagi tahu pemain untuk bermain dengan sepenuhnya jika hendak menang, dan hari ini kami berhak menang,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings