the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan dagangan Malaysia-Indonesia kukuh, terus meningkat: Matrade

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Jalinan hubungan perdagangan Malaysia-Indonesia terus kukuh dengan jumlahnya mencecah RM95.10 bilion (US$22.93 bilion) pada 2021, peningkatan sebanyak 43.5 peratus berbanding 2020.

Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi Asean dan Oceania, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata Indonesia juga merupakan rakan dagang global ketujuh terbesar bagi Malaysia dan ketiga terbesar di peringkat Asean.

“Jumlah dagangan turut mencatat peningkatan sebanyak 32.5 peratus kepada RM39.22 bilion (US$9.45 bilion) manakala jumlah import menokok sebanyak 52.3 peratus kepada RM55.88 bilion (US$13.47 bilion pada 2021) daripada 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama di Persidangan Analisis Strategi Perniagaan Indonesia 2022 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini, hari ini.

Acara tiga hari bermula hari ini sehingga 29 September itu menghimpunkan wakil industri seperti tenaga hijau,minyak sawit, minyak dan gas, makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, internet rangkaian pelbagai benda, perabot rumah, arang batu dan mineral, latihan dan pendidikan, tenaga kerja, jentera, pembangunan zon ekonomi perindustrian/khas, pelancongan serta bahan binaan.

Sementara itu, wakil penganjur yang juga Pengarah Urusan Axon Consultancy Sdn Bhd Low Jiun Jack berkata acara tersebut bertujuan mengetengahkan penyampaian perkhidmatan yang melangkaui ruang persidangan.

“Indonesia merupakan negara tumpuan pertama kami dari segi perancangan dan pelaksanaan strategi perniagaan secara pantas. Matlamat program ini adalah menyediakan satu platform untuk semua peserta membangunkan perniagaan masing-masing di luar sempadan.

“Indonesia misalnya menawarkan banyak aspek untuk perniagaan Malaysia seperti lampu jalan solar dan saya menjangkakan nilai eksport sebanyak RM30 juta dalam tempoh 2022 hingga 2023,” katanya kepada Bernama di luar program itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings