the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TH gantung lesen PJH Syarikat Emraz Travel

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd,” menurut kenyataan itu.

Menurut TH, institusi itu sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuk perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

Menurut kenyataan itu TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings