the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar, Zahid ucap tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-65, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Facebooknya turut merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim.

“Semoga Ke Bawah Duli Tuanku, Permaisuri Johor dan seluruh ahli keluarga sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, sihat wal’afiat dan dilimpahi rahmat serta nikmat kesejahteraan yang berpanjangan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings