the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, Johor kekal pagi ini

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat sedikit kepada 459 orang pagi ini berbanding 444 orang, malam tadi.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dua PPS di Betong menempatkan 404 orang daripada 120 keluarga manakala di Bintulu, sebuah PPS menempatkan 55 orang daripada 27 keluarga.

Mangsa banjir di Johor pula kekal 65 orang daripada 19 keluarga yang berlindung di dua PPS di Segamat.

Tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor (Kota Tinggi, Johor), Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah), Sungai Arau (Arau, Perlis) dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

Menurut NADMA, sebanyak 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Raya Timur Barat di Hulu Perak, Perak; Jalan Bukit Besi-Dungun di Dungun, Terenganu dan Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings