the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai kanan tentera guna kekerasan: kertas siasatan diserah ke Pejabat Peguam Negara

KUCHING: Kertas siasatan melibatkan seorang pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak yang didakwa salah guna kuasa serta menggunakan kekerasan pada bulan lepas telah diserah ke Pejabat Peguam Negara.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Peguam Negara. Kebiasaannya kes melibatkan tentera ini akan pergi ke Mahkamah Tentera,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Padawan, Matu Daro dan Serian di sini hari ini.

Pada 7 Mac lepas, TDM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak, terhadap seorang lagi pegawainya.

Markas TDM dalam kenyataan memaklumkan laporan polis telah dibuat mangsa berikutan kejadian yang didakwa berlaku semasa mangsa sedang menjalani latihan peringkat formasi dan laporan berkenaan telah tular di media sosial.

TDM turut menubuhkan lembaga siasatan peringkat dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan dakwaan tersebut, dengan pegawai kanan berkenaan telah dilepaskan daripada tugas pemerintahan bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Portugal defeat Croatia 2-1 to reach World Cup last 16

Portugal's forward #07 Cristiano Ronaldo celebrates after scoring his team's first goal from the penalty spot during the 2026 World Cup round of 32 football match between Portugal and Croatia at the Toronto Stadium in Toronto on July 2, 2026. (Photo by Cole Burston / AFP)

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings