the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nabila Huda eyes action roles, trains in Silat

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Actress Nabila Huda is prepared to train for months to authentically portray silat, finding joy in cooking for cast and crew during long film shoots

KUALA LUMPUR: Aktres serba boleh Nabila Huda sedia mencabar diri melakonkan aksi silat sekiranya diberi peluang dan sanggup mendalami seni pertahanan diri itu bagi memastikan keberkesanan lakonan.   

Mesra disapa dengan nama Abil, beliau bagaimanapun berkata dirinya perlu mengambil masa untuk berlatih agar semua gerakan silat dapat ditampilkan dengan yakin di depan kamera.

“Saya perlukan masa sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan untuk berlatih, kerana saya tidak mahu setakat melakonkan silat…saya nak tahu teknik sebenar silat itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Nabila, 41, berkata pemahaman akan seni silat penting agar setiap gerakan dapat dilakukan secara semula jadi, sementelah silat mempunyai keunikan tersendiri berbanding seni pertahanan diri lain yang pernah dipelajarinya.  

“Sebelum ini saya pernah mempelajari Muay Thai tetapi seni itu berbeza dengan silat kerana Muay Thai lebih kasar, (sementara) silat ini lembut pergerakannya,” katanya sambil mengakui terpegun apabila melihat rakan pelakon Beto Kusyairy melakonkan adegan bersilat dalam filem Gayong 2.

Dalam filem itu Nabila tampil sebagai Che Som, namun beliau tidak banyak terlibat dalam babak pertarungan.

Berkongsi pengalaman berlakon dalam filem yang sedang ditayangkan di pawagam itu,  Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 tersebut berkata tempoh penggambaran yang panjang mengajarnya untuk bijak mencari ruang mengekalkan emosi positif ketika di lokasi.

“Bila buat filem, masa menunggu itu lama. Kita kena tunggu set up, tengok babak dan koreografi aksi. Dialog saya pula tak banyak, jadi saya cari cara untuk gembirakan diri, dan sudah tentu dengan makanan,” katanya, menambah situasi itu juga menuntut kesabaran yang tinggi.

Menurutnya, beliau akan menghabiskan masa terluang dengan memasak untuk rakan pelakon dan juga kru produksi sebagai terapi menggembirakan diri.

“Bila hujan dan semua lapar, saya akan masak untuk mereka,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata baginya memasak bukan sekadar hobi, tetapi satu keperluan terutama apabila berada jauh dari rumah untuk tempoh yang lama.

“Saya bukan homesick, tapi rindu masakan rumah. Kalau tak dapat memasak, saya boleh murung,” katanya yang sering membawa bahan masakan sendiri selain memastikan tempat penginapan mempunyai kemudahan dapur.

Menurut Nabila, rutin itu bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kerja, malah mengeratkan hubungan dengan kru produksi yang sudah terbiasa dengan air tangannya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings