the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 10, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Johor capai 50 peratus

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Operasi bomba di kawasan tanah gambut Sungai Kapal, Johor berjaya kawal 50% kebakaran seluas 99.55 hektar, tiada mangsa dilaporkan

KOTA TINGGI: Operasi pemadaman kebakaran di kawasan tanah gambut di Sungai Kapal, Taman Bayu Damai yang bermula Jumaat lepas telah mencapai 50 peratus kejayaan setakat 7 malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan kira-kira 49.8 hektar atau hampir 50 peratus daripada 99.55 hektar kawasan kebakaran telah berjaya dikawal dan dipadam.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu.

Seramai 26 anggota JBPM terlibat dengan bantuan pelbagai jentera termasuk Fire Rescue Tender, Hilux, hydrosub dan lori tiga tan.

Operasi turut mendapat kerjasama agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Pengerang, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Alam Sekitar.

Kebakaran melibatkan kawasan seluas 99.55 hektar dengan tahap kemerebakan tinggi akibat cuaca kering dan berangin.

Keadaan itu menyebabkan asap tebal merebak ke kawasan perumahan sekitar Taman Bayu Damai.

Unit Dron dari Zon 2 telah digerakkan bagi membantu penilaian tahap kemerebakan dan keadaan kawasan.

Operasi menghadapi cabaran berikutan sumber air yang terhad serta laluan masuk ke lokasi kebakaran yang sukar diakses.

Sebuah jentera excavator sewaan digunakan untuk membina fire break bagi menghalang kebakaran daripada terus merebak.

Operasi pemadaman dilaksanakan secara berperingkat melibatkan dua sektor utama.

Di Sektor B, tumpuan diberikan kepada kerja-kerja pemadaman menggunakan aliran hos sepanjang 500 kaki dengan bantuan breaching dan pancutan nozzle.

Sektor B juga melibatkan pembinaan fire break manakala di Sektor A, anggota bomba bersama APM dipecahkan kepada dua kumpulan.

Kumpulan itu memadam kebakaran di belakang kawasan perumahan Taman Sungai Kapal menggunakan pam jentera, pam angkut dan sumber air pili bomba berhampiran.

Jabatan Pengairan dan Saliran membantu dengan kerja-kerja pengaliran air menggunakan mini excavator.

JPS juga mengepam air dari sumber terbuka menggunakan peralatan hydrosub bagi membanjiri kawasan kebakaran.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Sabri Ramli sebelum komander operasi diambil alih oleh Ketua Balai BBP Sungai Rengit Timbalan Penguasa Bomba II Bahruddin Idris.

Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor PPjB Muhammad Al Mustakim Abdul Hady dan beberapa pegawai kanan turut hadir memantau operasi. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee Launches Buy Today, Get Today with Free Islandwide Same-Day Delivery

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 9 July 2026 - Shopee today launched Buy Today, Get Today, bringing free islandwide Same-Day Delivery to eligible orders on Fulfilled by Shopee (FBS) items.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings