the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

P.Pinang perkenal bas percuma dari Bukit Mertajam ke Komtar

GEORGE TOWN: Pulau Pinang memperkenalkan satu lagi perkhidmatan bas percuma, Cat Bridge yang akan menghubungkan Bukit Mertajam di bahagian seberang dan Komtar, di sini bermula 1 Jan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Zairil Khir Johari berkata ia sebagai usaha mengoptimumkan jaringan sistem pengangkutan awam di negeri itu khususnya dalam mengintegrasi kawasan pulau dengan seberang serta sebaliknya.

“Perkhidmatan Cat Bridge Bukit Mertajam (CT14) merangkumi laluan sejauh 26 kilometer, akan bermula dari Summit Bukit Mertajam melalui Bandar Perda dan Jambatan Pulau Pinang terus menghala ke Terminal Bas Komtar.

“Laluan itu akan mula beroperasi pada 1 Jan ini sebagai percubaan selama enam bulan dan sebanyak lima bas digunakan bagi pengoperasian laluan baharu tersebut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya perjalanan ke destinasi akhir dijangka mengambil masa 60 hingga 85 minit dan penumpang boleh mengenal pasti laluan itu menerusi badan bas berwarna merah iaitu Bukit Mertajam Bas Merah ke Komtar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings