the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 28, 2026
25 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiga lelaki ditahan di Cheras cuba menyamar sebagai polis

Tiga lelaki cuba menyamar sebagai polis untuk menahan warga Indonesia di Taman Maluri, Cheras. Mereka ditahan selepas orang awam hubungi polis

KUALA LUMPUR: Cubaan tiga lelaki menyamar sebagai pegawai polis untuk menahan seorang warga Indonesia gagal di Taman Maluri, Cheras pada Ahad lepas.

Orang awam yang menyedari kejadian itu segera menghubungi polis, menyebabkan operasi mereka terbongkar.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata laporan diterima pada pukul 10 malam selepas mangsa ditegur tiga lelaki tidak dikenali.

“Mereka meminta mangsa membuka beg untuk menjalankan pemeriksaan sebelum seorang daripada suspek menggari mangsa sambil mengaku sebagai polis,” katanya.

Seorang saksi di tempat kejadian kemudian membuat panggilan ke Pusat Kawalan IPD Cheras meminta bantuan.

Anggota unit peronda polis (MPV) segera hadir ke lokasi kejadian untuk menangani situasi tersebut.

Hasil siasatan mendapati sepasang gari dan vest polis ditemui dalam beg salah seorang suspek.

Vest polis itu disyaki dibeli secara dalam talian oleh suspek.

Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 20-an itu telah direman selama tiga hari.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 170 dan 171 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

KPMG: Tech executives double down on AI, talent, and adaptive strategies to lead in the Intelligence Age

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 January 2026 - KPMG's Global tech report 2026reveals that organizations worldwide are moving beyond pilots and seeking to embed AI into core workflows and offerings, striving to scale investments.
spot_img

Popular Categories