the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza berlangsung aman di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata seramai 180 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal keselamatan orang ramai yang menghadiri program itu.

“Setakat ini tiada laporan polis berhubung apa-apa insiden diterima, dianggarkan seramai 20,000 orang hadir ke program malam ini,“ katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke program berkenaan yang menandakan acara kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Anwar semasa berucap di program itu turut mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang menghadapi krisis kemanusiaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings