the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bengkel kenderaan terbakar di Shah Alam musnahkan 37 kereta, tujuh motosikal

SHAH ALAM: Sebanyak 37 kereta dan tujuh motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Seksyen 24 di sini, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 malam mengenai kejadian tersebut.

Seramai 21 pegawai dan anggota bomba bersama tiga jentera dan lori tangki dari Balai Bomba Shah Alam dan Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran melibatkan sebuah bangunan Kelas A yang dijadikan bengkel kenderaan berkeluasan 50×100 kaki persegi.

Kira-kira 90 peratus struktur bangunan tersebut musnah dalam kebakaran itu.

Kebakaran tidak melibatkan mangsa di dalam bangunan kecuali seorang pekerja bengkel yang melecur di tangan.

Pekerja tersebut cedera ketika cuba mengalih kenderaan dari kawasan kebakaran.

Status mangsa stabil dan telah dibawa ke hospital oleh pihak keluarga.

Punca kejadian masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings