the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rampasan kira-kira RM5 bilion hasil rasuah bukti kecekapan kerajaan Madani – PM Anwar

IPOH: Kejayaan rampasan kira-kira RM5 bilion hasil kegiatan rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun kebelakangan ini membuktikan kecekapan serta kesungguhan Kerajaan MADANI memerangi rasuah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu menjadi bukti usaha serius kerajaan di sebalik kata-kata sinis dan sindiran sesetengah pihak terhadap usaha keras dalam membanteras gejala berkenaan.

“Ada orang menyindir dan sinis dengan soal tatakelola dan gerakan keras antirasuah. Saya nak beritahu berapa yang kita kumpul dalam satu ke dua tahun ini, di semua agensi, daripada orang politiknya ke jabatan, kementeriannya, daripada imigresennya kepada kastamnya.

“Berapa kita kumpul? Dah, RM4 bilion hingga RM5 bilion wang yang dirampas daripada hasil perasuah,“ kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Pengerusi MRCB Land Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Perdana Menteri berkata dalam pelaksanaan sesebuah projek pembangunan misalnya, tatakelola yang baik merupakan antara tonggak utama bagi memastikan sesuatu projek itu dapat dilaksanakan dengan cekap.

“Hal ini (tatakelola) termasuk semua bidang, latihannya, kecanggihan, keupayaan kita menguasai AI (kecerdasan buatan) dan sebagainya. Jadi saya harap projek ini (Ipoh Sentral) dapat dijadikan contoh,“ kata Anwar.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak termasuk Menteri Besar Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan kementerian terlibat untuk mengkaji semula aspek tatakelola projek berkenaan.

“Walaupun sudah dirangka, apakah boleh kita baiki lagi. Kerana kalau dapat kita baiki, Ipoh Sentral ini menjadi satu daripada model pembangunan seutuhnya yang terbaik yang boleh kita jadikan contoh dalam negara kita,“ kata beliau – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings