the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar solat jumaat di Presint 5 sebelum sampaikan amanat di MAPPA XX

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Muttaqin 5R6 di Presint 5 di sini sebelum menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 (MAPPA XX).

Ketibaan Anwar pada kira-kira 1.20 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, pengurusan masjid serta jemaah yang hadir.

Beliau bersama hampir 500 jemaah seterusnya mendengar khutbah bertajuk “Gerakan Era Baharu, Ancaman Halus Keimanan” yang disampaikan oleh Imam masjid berkenaan Muhamad Nabil Fitri Badri.

Perdana Menteri selepas itu dijadualkan menyampaikan amanat penting kepada penjawat awam pada acara kemuncak MAPPA XX pada 3.30 petang ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beliau dijangka bakal berkongsi aspirasi yang ingin dicapai negara, peranan dimainkan penjawat awam serta mengumumkan beberapa perkara yang melibatkan perkhidmatan awam.

Ketua Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Dr Saharah Sapiyi dilaporkan berkata MAPPA XX yang bertemakan “Perkhidmatan Awam MADANI Teras Kecemerlangan” itu bukan sekadar platform warga perkhidmatan mendengar aspirasi kepimpinan negara, malah juga sebagai ruang menilai dan menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

From race circuit to global supply chains: DHL powers Formula E’s boldest season yet...

As the ABB FIA Formula E World Championship returns to Shanghai for the 2025/2026 Season, the world's premier all-electric racing Championship accelerates into its most ambitious chapter yet with a record 17 races across 11 global cities, including new circuits in Madrid and Miami.

China Hong Kong Motorsports Centre launches HK Youth Karting Championship 2026

China Hong Kong Motorsports Centre ("CHKMC") is pleased to announce the launch of HK Youth Karting Championship 2026, a new karting championship scheduled to take place on 15 (Sat) – 16 (Sun) August 2026 at Guangzhou Conghua International Circuit.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings