the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Video “standoff” tentera laut Filipina-Malaysia adalah maklumat palsu – Angkatan Tentera Filipina

MANILA: Angkatan Tentera Filipina (AFP) menyifatkan sebuah video yang tular di YouTube kononnya berlaku “standoff” antara pasukan tentera laut Filipina dan Malaysia adalah maklumat palsu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

“Ini adalah rekaan sepenuhnya – tiada insiden sedemikian berlaku. Ia bertujuan menjejaskan hubungan diplomatik 60 tahun dengan Malaysia, menghakis kepercayaan rakyat terhadap AFP, dan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu,” menurut kenyataannya pada Selasa malam.

Video berdurasi 12 minit itu menggambarkan kononnya berlaku “standoff” antara pasukan tentera laut kedua-dua negara berhubung tuntutan wilayah yang bertindih.

AFP berkata maklumat palsu seperti itu mengancam keamanan dan kestabilan serantau, “hanya menguntungkan agenda politik atau strategik pihak tertentu.”

“AFP teguh dengan komitmen terhadap ketelusan, kebenaran, dan perlindungan kepentingan negara. Kebenaran adalah pertahanan paling kukuh kami,” katanya – BERNAMA-PNA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings