the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar cadang bina sekolah menegak di residensi aman MADANI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan pembinaan sekolah menegak di kawasan Residensi Aman MADANI bagi menampung keperluan pendidikan penduduk setempat.

Beliau berkata cadangan itu susulan perbincangan bersama pemaju, kementerian dan agensi berkaitan selepas perasmian majlis pecah tanah residensi berkenaan di Bandar Sri Permaisuri di sini pada 6 Ogos lepas.

“Walaupun terdapat sekolah rendah berdekatan, kapasiti yang terhad menuntut pembangunan sekolah baharu selari dengan pertambahan penduduk.

“Justeru, saya mencadangkan supaya dibina sekolah menegak dalam kawasan pembangunan, atau sebuah sekolah berhadapan residensi yang dihubungkan melalui jejantas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, sekolah berkenaan akan terbuka kepada semua penduduk setempat dan dilengkapi kemudahan selaras dengan kerangka MADANI, termasuk tadika, surau, klinik dan pusat keselamatan.

“Pastinya semua prasarana lengkap ini diwujudkan demi keselesaan rakyat,” katanya.

Pada 18 Feb lepas, media melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang membangunkan sekolah dengan konsep menegak yang menempatkan dua blok bangunan dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat di sekitar pusat bandar, bagi memenuhi keperluan tanah yang terhad serta pertambahan penduduk di ibu negara.

Kementerian Pendidikan pada 30 Julai lepas dilaporkan telah memuktamadkan Panduan Perancangan Pembangunan Sekolah Secara Menegak, dengan mengambil kira beberapa prinsip reka bentuk asas termasuk pengawasan dan keselamatan murid- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings