the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

11 warga asing ditolak masuk Malaysia kerana langgar syarat imigresen

ALOR SETAR: Sebanyak 11 warga asing telah ditolak masuk ke Malaysia oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Kompleks Imigresen, Kuarantin, Kastam dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Tindakan ini diambil selepas mereka didapati melanggar syarat kemasukan di bawah Seksyen 8(3), Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua individu terlibat terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita yang berasal dari Bangladesh, Thailand, India dan Sri Lanka.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP), mereka diarahkan untuk segera pulang ke negara asal melalui pintu masuk yang sama.

AKPS menegaskan komitmen mereka dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan sempadan negara dilindungi daripada sebarang ancaman.

Pihak berkuasa akan terus memperketatkan kawalan di semua pintu masuk negara bagi memastikan hanya pelawat yang sah dibenarkan masuk. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings