the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rundingan konflik Thailand-Kemboja & hutang kerajaan Madani fokus Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Peranan Malaysia dalam menjayakan rundingan perdamaian serta gencatan senjata konflik Thailand-Kemboja antara fokus persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat menerusi portal Parlimen, perkara berkenaan dibangkitkan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi yang sama, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula memohon penjelasan daripada Perdana Menteri sama ada Kerajaan MADANI menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab.

Sementara itu, pada sesi soal jawab pula, Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) bertanyakan Menteri Luar Negeri mengenai cadangan Joint Development dengan Indonesia di blok ND 6 dan ND 7 Ambalat.

Beliau juga ingin mengetahui sama ada kaedah yang sama digunakan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia Thailand (MTJDA) atau kaedah lain memandangkan hak-hak Sabah begitu juga Sarawak terpelihara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula meminta Perdana Menteri menyatakan hasil keputusan kerajaan selepas sesi libat urus holistik bersama pihak berkepentingan berhubung status penubuhan Ombudsman Malaysia, serta langkah-langkah seterusnya bagi mempercepat pelaksanaan penubuhannya.

Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula bertanya kepada Menteri Pertahanan jika kementerian mempunyai perancangan untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam sistem pertahanan udara negara.

Persidangan Dewan Rakyat selepas itu akan disambung semula dengan sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hotel in Bugis Singapore: Where to stay for culture, dining and heritage

For travellers searching for a luxury hotel in Bugis Singapore, Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore offers a refined base for culture, dining and heritage discovery. Set in the vibrant Bugis and Bras Basah district, the hotel places guests close to Arab Street, Kampong Glam and Marina Bay while delivering unparalleled luxury and essential city connections.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings