the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PRK Kinabatangan bermula, calon BN lancar jentera kempen

Calon BN Mohd Kurniawan Naim lancar jentera kempen PRK Kinabatangan, lawat pasar tamu dan adakan sesi mesra dengan pengundi

KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim Moktar memulakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dengan pelancaran jentera pilihan raya.

Pelancaran itu disempurnakan Pengerusi BN Sabah Datuk Jafry Ariffin di pusat komando BN di Bukit Garam.

Mohd Kurniawan Naim akan berkunjung ke Pasar Tamu Kampung Sukau pada pukul 6.30 petang ini.

Beliau juga akan mengadakan sesi tinjauan mesra di kawasan yang terletak kira-kira 50 kilometer dari pekan Kota Kinabatangan.

Jadual kempen Bendahari Pemuda UMNO pusat itu berakhir dengan aktiviti bermain futsal bersama belia Kampung Sukau pada pukul 9 malam.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam, 23 Januari.

Hari pengundian ditetapkan pada 24 Januari manakala pengundian awal pada 20 Januari.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories