the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hari kedua PMR 2025 perak diisi pelbagai acara, aktivti ilimiah dan interaktif

LUMUT: Hari kedua Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak, terus diisi dengan pelbagai acara dan aktiviti bersifat ilmiah serta interaktif untuk ditawarkan kepada pengunjung.

Buku Maklumat PMR 2025 Perak menunjukkan acara yang bermula seawal 9 pagi, dipenuhi program menarik antaranya demo penghasilan produk pemprosesan makanan cendol oleh Kolej Komuniti Pasir Salak anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh mendapat input menerusi dua Pocket Talk iaitu Portal Ihsan MADANI serta Aplikasi Price Catcher oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengunjung juga boleh berhibur menerusi Persembahan Perpaduan Generasi MADANI anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan program Pertarungan Suara, Penyatuan Jiwa: Battle Tarannum Live! oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Turut dijangka menjadi tumpuan ialah Pocket Talk oleh Nadi MCMC bertajuk e-Sukan-Peluang dan Cabaran serta Talk oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan topik Membangun Negara Bangsa Melalui Perspektif Malaysia MADANI.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula menganjurkan dua sesi demonstrasi sains iaitu Panas dan Basah serta Eksplorasi angkasa bagi memberi pengalaman mengagumkan kepada pengunjung terutama pelajar.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi dua sesi cabutan bertuah yang dianjurkan oleh KPT iaitu pada 2 petang dan 8 malam.

Lebih menarik, pengunjung juga akan disajikan persembahan Malam Munajat Kasih oleh kumpulan nasyid Rabbani, UNIC dan Inteam bermula 9 malam.

PMR 2025 Perak di Lumut Waterfront berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala pada Ahad, program dijadualkan berakhir pada 6 petang. Reruai perkhidmatan kerajaan pula akan beroperasi setiap hari hingga 6 petang sahaja.

Perak merupakan lokasi kedua bagi penganjuran PMR berskala besar, hasil kerjasama strategik antara Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri selaku sekretariat induk dan KPT sebagai kementerian peneraju.

PMR 2025 dilaksanakan dalam dua skala iaitu besar dan kecil dengan edisi pertama berskala besar telah berlangsung di Majlis Perbandaran Tawau, Sabah dari 9 hingga 11 Mei lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings