the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas Panglima Tentera Darat nyatakan hasrat bersara awal

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, menyatakan hasrat bersara awal, membolehkan pencarian PAT baharu.

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyatakan hasrat untuk bersara awal daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata hasrat itu disampaikan menerusi peguam Muhammad Hafizuddeain hari ini.

Permohonan itu berkuat kuasa 1 Januari tahun ini bagi membolehkan Majlis Angkatan Tentera (MAT) mencari calon Panglima Angkatan Tentera (PAT) baharu.

“Saya ada terima makluman, surat daripada peguam Hafizuddeain yang sekarang (sedang) bercuti menyatakan hasrat bersara awal daripada Angkatan Tentera Darat bermula 1 Jan,” katanya.

Mohamed Khaled ditemui selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan di Wisma Perwira di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan melantik bekas PTD itu sebagai PAT yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari juga telah ditangguhkan.

Dengan pengumuman persaraan awal itu, jawatan PAT kini secara rasmi kosong.

Ini membolehkan MAT memulakan proses pencalonan bagi mengisi jawatan tertinggi angkatan tentera itu.

“MAT akan menghantar syor kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (sebagai pemimpin tertinggi ATM) untuk perkenan… jadi itu akan ambil sedikit masa,” katanya.

Jawatan PAT kini dipangku Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Results of the ixCrypto Index Series Quarterly Review (2026 Q2) & IX Digital Asset...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - IX Asia Indexes today announced the 2026 second quarter (Q2) review result of the ixCrypto Index Series and the IX Digital Asset Industry Index Series. The constituent changes will be implemented on the effective date of 24th July 2026 (Friday). The results of the constituent review and exchange review are as follows:

Bona® scales Asia Pacific presence with expanded SuperSport System catering to the region’s diverse...

MALMÖ, SWEDEN - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - As the global sports flooring market continues to grow, Bona, a world leader in flooring solutions for over 100 years, is strategically strengthening its reach across the Asia Pacific (APAC) region.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings