the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM sasar keahlian persatuan kebajikan capai 90%

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

JBPM harap keahlian Persatuan Kebajikannya di semua negeri capai lebih 90% untuk kebajikan anggota lebih terjamin, dengan bantuan dapat disalur lebih pantas.

BATU KAWAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap keahlian Persatuan Kebajikan JBPM di semua negeri dapat ditingkatkan kepada lebih 90%.

Sasaran ini bagi memastikan kebajikan warganya sentiasa terpelihara, terutama ketika berdepan musibah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata kadar pendaftaran di beberapa negeri masih belum mencapai sasaran.

Beliau memetik contoh Pulau Pinang dengan keahlian 716 orang (84.2%) dan Kedah dengan 712 orang (88.2%).

“Penyaluran menerusi Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB) mengambil masa kerana perlu mendapat kelulusan tertentu, jadi melalui persatuan ini, bantuan dapat disalur lebih cepat, sebab itu kita menggalakkan anggota untuk mendaftar,” katanya.

Beliau berucap selepas Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan JBPM di sini.

Program itu adalah kerjasama dengan Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Kebangsaan.

Turut hadir ialah Pengarah JBPM Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah dan Pengarah JBPM Kedah Awang Hidzel Awang Bujang.

Dalam program itu, Ahmad Izram menyampaikan sumbangan kebajikan kepada tujuh ahli persatuan.

Mereka terkesan akibat bencana banjir di Kedah baru-baru ini.

JBPM juga menerima dua van jenazah yang disumbangkan oleh Affin Bank Berhad.

Sumbangan itu bernilai RM439,000 melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sebuah van telah diserahkan kepada JBPM Kelantan pada 8 Januari lepas.

Sebuah lagi van diserahkan kepada JBPM Pulau Pinang hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

NCB introduces Seamless Cross-Border QR Payments for international travellers in Vietnam

Open visa policies, a wealth of cultural and natural attractions, acclaimed cuisine, warm local hospitality, and increasingly convenient payment options are fast positioning Vietnam as one of the most compelling destinations in Southeast Asia and beyond.

DITP launches THAI SELECT Festival 2026 in New York to strengthen U.S. market opportunities...

DITP will host the THAI SELECT Festival 2026 in New York to promote authentic Thai cuisine, expand recognition of the THAI SELECT certification, and create new business opportunities for Thai restaurants, food producers, and exporters in the U.S. market.

Paymentology and T2P partner to accelerate the future of card issuing in Thailand

Paymentology and T2P have partnered to expand modern card issuing capabilities in Thailand, enabling businesses to launch secure, scalable payment programmes while supporting the country's growing digital payments ecosystem and accelerating innovation in embedded finance and cashless solutions.

Focus Graphite completes access road desktop study and selects preferred route for the Lac...

Focus Graphite has completed an access road desktop study for its Lac Knife Project, selecting a preferred route that leverages existing infrastructure, potentially reducing development costs while advancing the graphite project toward construction readiness and supporting North American critical mineral supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings