the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wartawan ditahan polis dibebaskan dengan jaminan

Wartawan yang ditahan polis bagi siasatan video isu perkauman dalam wacana Palestin telah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi.

KUALA LUMPUR: Wartawan yang ditahan polis tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 1.15 petang hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar mengesahkan perkara itu.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil dan telefon bimbitnya dirampas bagi bantu siasatan,“ katanya.

BACA: Bekas wartawan FMT akan dibebaskan selepas rakaman percakapan selesai

Terdahulu, Kumar memaklumkan polis menahan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video yang membangkitkan isu perkauman dalam satu wacana mengenai Palestin.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kontroversi itu tercetus daripada ceramah awam berkaitan Palestin yang menampilkan ahli politik British, George Galloway.

Soalan yang diajukan oleh wartawan Free Malaysia Today (FMT) dalam sesi tersebut menerima kritikan meluas dalam media sosial.

Difahamkan wartawan berkenaan telah meletakkan jawatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings