the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan ibu, bapa saudara bantu siasatan kes kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 30

KUALA LUMPUR: Polis menahan ibu dan bapa saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata kedua-dua mereka yang merupakan warga Indonesia berusia 25 dan 27 tahun, direman hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata semakan mendapati bapa kanak-kanak terbabit adalah warga tempatan dan berkahwin dengan ibu mangsa yang merupakan warga Indonesia.

“Hasil bedah siasatan yang dilakukan, kanak-kanak terbabit maut selepas mengalami pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi berhubung seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings