the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC rakam keterangan editor China Press siasat kandungan titah Agong

MCMC siasat kandungan China Press berhubung titah Agong berkenaan bahasa Melayu, rakam keterangan ketua editor dan pengarang dalam talian.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press.

Rakaman keterangan itu berhubung satu kandungan terbitan media tersebut yang dipercayai melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima terhadap kandungan berkenaan.

Kandungan itu didakwa mengandungi maklumat palsu berhubung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen pada Isnin lepas.

Isunya khususnya mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berpotensi menimbulkan kekeliruan awam.

“Penelitian awal mendapati kandungan tersebut membawa maksud berbeza daripada titah sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” menurut kenyataan MCMC.

Kenyataan itu menambah ia sekali gus boleh mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap institusi diraja serta kepentingan nasional.

MCMC memaklumkan bahawa beberapa peralatan dan bahan berkaitan turut disita bagi tujuan siasatan lanjut.

“MCMC memandang serius sebarang penerbitan yang melibatkan Titah Yang di-Pertuan Agong serta perkara berkaitan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut mengingatkan organisasi media untuk melaksanakan semakan fakta secara teliti.

Ia juga menyeru media mematuhi prinsip kewartawanan yang bertanggungjawab.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings