the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bantuan sewa rumah diteruskan kepada mangsa kebakaran Putra Heights

Kerajaan Selangor teruskan bantuan sewa rumah fasa keempat kepada 67 KIR mangsa kebakaran Putra Heights yang belum boleh pulang ke kediaman.

SHAH ALAM: Bantuan Sewa Rumah Sementara Fasa Keempat bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 akan diteruskan kepada 67 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Datuk Borhan Aman Shah berkata kelulusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bilangan 3/2026 pada 21 Januari lepas.

Beliau berkata daripada 123 KIR yang menerima bantuan pada fasa ketiga, sebanyak 67 KIR disyorkan untuk meneruskan bantuan manakala 56 KIR tidak diteruskan.

“Penilaian mendapati masih terdapat mangsa yang belum dapat kembali ke kediaman masing-masing disebabkan faktor keselamatan, status pembinaan rumah serta isu dokumentasi pemilikan tanah,” katanya dalam kenyataan.

Bagi fasa keempat, bantuan sewa rumah melibatkan 65 KIR yang kediamannya masih dalam proses baik pulih dan dua KIR yang kediamannya belum dibina.

Borhan berkata Kerajaan Negeri Selangor kekal komited memastikan kebajikan mangsa terus diberi perhatian secara bersasar.

“Kerajaan Negeri Selangor juga memutuskan bantuan sewa tidak diteruskan kepada mangsa yang kediamannya telah siap dan selamat diduduki,” katanya.

Insiden kebakaran pada 1 April tahun lepas itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40%.

Seramai 81 rumah separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings