the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
25.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penuntut universiti didakwa mabuk, rempuh palang keselamatan Istana Negara

Seorang penuntut universiti mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu mabuk dan merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol hingga merempuh palang keselamatan di Pintu 2, Istana Negara.

Mengikut pertuduhan M. Kajen, 22, didakwa memandu kereta jenis Toyota Vios dengan kandungan alkohol dalam badan 166 milligram (mg) per 100 mililiter darah, iaitu melebihi had dibenarkan.

Kesalahan itu dilakukan di Pintu 2, Istana Negara, di Jalan Changkat Semantan, di sini, kira-kira 3.50 pagi tadi dan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun serta hilang kelayakan lesen hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun menawarkan jaminan RM10,000, bagaimanapun tertuduh merayu jumlah jaminan minimum kerana masih menyambung pengajian dalam peringkat ijazah selain bukan berasal daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. 

Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh sebutan kes untuk serahan dokumen.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 3.30 pagi semasa lelaki berusia 21 tahun itu memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara. 

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu yang menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings