the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tuntutan palsu: Ketua balai bomba di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KANGAR: Seorang ketua balai bomba di Perlis yang direman enam hari sehingga hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kehadiran kerja anggota bantuan balai itu, dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM penjawat awam lelaki berusia 49 tahun itu dilepaskan pada Jumaat lepas, namun siasatan terperinci mengenai kes itu masih diteruskan dari semasa ke semasa oleh SPRM Perlis.

Selasa lepas media melaporkan lelaki itu ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu itu yang dipercayai antara November 2023 hingga Februari 2024, melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira RM30,000.

Lelaki itu disyaki menyalah guna kuasa dengan mengarahkan 15 anggota bantuan membuat tuntutan elaun kehadiran kerja walaupun tidak hadir bertugas, sebelum bayaran itu diberikan kepadanya untuk kegunaan peribadi.

Sementara itu Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penjawat awam itu dilepaskan dengan jaminan SPRM dan memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings