the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata hal ini kerana Tabung Haji (TH) telah menetapkan had umur 15 tahun ke atas sahaja yang layak menunaikan ibadah haji.

“Kalau kita tengok pengumuman tersebut, larangan itu terhadap kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Dalam konteks kita (Malaysia), memang dah tetapkan umur baligh iaitu 15 tahun.

“Dengan umur yang telah ditetapkan oleh TH tawaran (haji) iaitu menawarkan (haji) kepada jemaah haji yang layak paling kecil 15 tahun, jadi mereka ini tidak terkesan dengan peraturan baharu yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) & Insentif Khas kepada pelajar asnaf di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di sini hari ini.

Beliau mengulas sebuah laporan media antarabangsa mengenai peraturan baharu Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai jemaah haji ke Tanah Suci tahun ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada risiko bahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.

Mohd Na’im berkata bagaimanapun, Malaysia menghormati peraturan itu dan percaya kerajaan Arab Saudi telah melakukan kajian terperinci mengenainya.

“Peraturan itu dibuat tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan perjalanan haji berjalan dengan baik.

“Seperti yang kita tahu musim haji itu sangat sesak, ada berjuta orang…kemungkinan tidak sesuai pada pandangan saya. Mungkin tidak sesuai untuk anak-anak dengan suhu yang begitu panas, jadi ia akan menyebabkan kesukaran,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings